P9005 Two Shaft Gas Turbine Unit

Sunday, December 30, 2007

Prinsip Operasi


1) Oil pump dan blower dihidupkan. Udara masuk dan terus ke pemampat.

2) Pada peringkat ini udara akan melalui pemampat tanpa dimampatkan kerana pemampat masih belum terjana lagi oleh turbin penjana. Ini kerana fungsi turbin penjana ialah menjana pemampat melalui sambungan shaft.

3) Udara seterusnya ke combustion chamber. Gas valve dibuka sedikit untuk membolehkan sumber bahan api (LPG) masuk ke combustion chamber.

4) Butang ignition ditekan untuk menghasilkan bunga api bertujuan untuk proses pembakaran di dalam combustion chamber.

5) Campuran udara dan bahan api terbakar dan hasil pembakaran terus melalui turbin penjana.

6) Ia seterusnya akan ke power turbine untuk menjanakan kuasa elektrik dengan sambungan power turbine dan dynamometer menggunakan tali sawat.

7) Power turbine akan mula berputar dan menggerakkan dynamometer apabila turbin penjana berada pada kelajuan 1000 rpm.

8) Seterusnya hasil pembakaran akan ke ekzos.

9) Pada peringkat seterusnya, gas valve dibuka lebih sedikit untuk membolehkan bahan api masuk lebih banyak ke dalam combustion chamber seterusnya meningkatkan kelajuan putaran turbin penjana supaya mencapai 1000 rpm untuk membolehkan power turbine berputar dan menggerakkan dynamometer seterusnya menjana tenaga elektrik.

10) Setelah turbin penjana berada pada kelajuan lebih kurang 1000 rpm, blower dimatikan kerana pemampat boleh beroperasi sepenuh dengan sendiri dengan menarik masuk udara dari atmosfera melalui air inlet.

11) Untuk mematikan unit ini, gas valve ditutup sepenuhnya.

12) Maka tidak terdapat lagi sebarang pembakaran di dalam combustion chamber. Dan kelajuan turbin penjana dan pemampat makin perlahan dan akan berhenti.

13) Blower dihidupkan semula untuk membolehkan udara masuk semula bertujuan membersihkan segala ruangan di dalam combustion chamber dan ruangan-ruangan lain.

14) Ia untuk mengelakkan sebarang kotoran tertinggal di dalamnya dan mencegah dari pengaratan dan membolehkan jangka hayat unit ini lebih lama.

15) Setelah beberapa ketika blower dimatikan dan oil pump dimatikan.

0 comments: