Injap (Valve)

Sunday, December 30, 2007

PENGENALAN

Peralatan yang berfungsi sebagai :

♣ Membuka atau menutup aliran sesuatu bendalir.
♣ Boleh dilaraskan untuk kesesuaian halaju aliran
♣ Hanya membenarkan aliran pada satu arah sahaja.
♣ Boleh dikawal dari jarak yang jauh.
♣ Mengeluarkan bendalir daripada sistem.

· Ia diperbuat daripada gangsa, loyang, besi, atau keluli aloi.
· Simbol biasa yang digunakan untuk injap ialah


JENIS-JENIS INJAP

2 kumpulan utama iaitu :

Stop valves
· Berfungsi untuk menutup sebahagian atau kesemuanya aliran bendalir. ( Contohnya, globe, gate, plug, needle, butterfly )

Check valves
· Berfungsi untuk membenarkan aliran bendalir hanya pada arah sahaja. ( Contohnya, ball-check, swing-check, lift-check )

Injap khas :

♣ Relief valves
♣ Pressure-reducing valves
♣ Remote-operated valves

STOP VALVES

Globe Valves

· Jenis yang paling biasa dalam injap henti.
· Digunakan di sistem perpaipan yang mengandungi stim, udara dan minyak.
· Cakera bersambung dengan batang injap untuk menutup aliran bendalir.
· Digunakan di sistem perpaipan di rumah.
· Kelebihan : digunakan untuk pendikitan
· Kekurangan : rintangan kepada aliran bendalir



Gate Valves

· Digunakan apabila memerlukan aliran bendalir yang lurus tanpa meminimumkan rintangan.
· Pintu selalunya berbentuk sesendal/cakera tegak
· Kelebihan : tiada rintangan
· Kekurangan : lemah dalam pendikitan





Butterfly Valves

· Digunakan di sistem perpaipan yang mengandungi air, bahan api dan sistem pengudaraan.
· Digunakan di paip-paip yang besar.
· Kelebihan : kecil, ringan dan tindak balas yang pantas
· Kekurangan : mudah bocor dan sesuai untuk pendikitan aliran yang rendah sahaja.



Ball Valves

· Hampir serupa dengan injap kupu-kupu.
· Dijumpai di sistem perparitan, longkang dan sistem hidraulik.






CHECK VALVES

· Mengawal arah aliran bendalir dalam sistem perpaipan.
· Mengelakkan aliran berpatah balik ( reverse flow )
· Beroperasi dengan aliran bendalir.


Swing Check Valves

· Cakera bergerak melalui lengkok


Lift Check Valves

· Cakera bergerak ke atas dan ke bawah



Ball Check Valves

· Bebola terletak di hujung batang dan terangkat untuk membenarkan aliran melaluinya.



INJAP KHAS


Relief Valves

· Digunakan untuk melindungi sistem perpaipan dari tekanan berlebihan.
· Ianya akan terbuka secara automatik apabila tekanan menjadi terlalu tinggi ( tekanan sebenar melawan tekanan spring )
· Tekanan yang dilepaskan dapat dikawal dengan melaraskan skru.



Pressure-Reducing Valves

· Digunakan secara automatic untuk menghasilkan tekanan yang stabil dan rendah kepada system daripada punca tekanan yang tinggi.
· Digunakan di system perpaipan udara, air laut, minyak pelinciran dan sebagainya.



Remote-Operated Valves

· Injap ini membenarkan operasinya dikawal dari jarak jauh.
· Di antara jenis-jenisnya :

Mekanikal : digunakan untuk mengawal rod dan gear
Hidraulik : digunakan untuk menetapkan bendalir dan piston
Motor : digunakan untuk motor pneumatik atau elektrik
Solenoid : menggunakan coil dan mekanisma teras untuk membuka dan menutup isyarat elektrik

0 comments: