Prinsip Operasi
Mempunyai 2 lejang sahaja iaitu :
i) Lejang ke atas
ii) Lejang ke bawah
Kelebihan
♣ Beroperasi pada sebarang kedudukan.
♣ Lebih kuasa kuda walaupun saiz enjinnya kecil.
♣ Kurang komponen yang bergerak.
♣ Ringan dan murah.
Keburukan
♣ Kadar penggunaan bahan api yang tinggi dari enjin 4 lejang.
♣ Bahan api dan minyak pelincir (lubricant oil) mesti bercampur.
♣ Palam pencucuh mudah rosak (terbakar)
♣ Menghasilkan lebih pencemaran dari enjin 4 lejang
♣ Tidak tahan lama kerana sistem pelinciran yang kurang baik berbanding enjin 4 lejang bermakna enjin 2 lejang mengalami kehausan lebih cepat.
a) Lejang kuasa
♣ Tekanan silinder yang tinggi kerana tekanan dari pembakaran bahan api menolak piston dari TDC (Top Dead Center) ke bawah BDC (Bottom Dead Center) dengan semua liang masuk dan ekzos tertutup.
♣ Campuran bahan api dan udara akan termampat dengan gerakan piston yang ke bawah.
b) Lejang ekzos dan lejang mampatan
♣ Liang ekzos mengeluarkan hasil pembakaran apabila ia terbuka pada penghujung lejang kuasa.
c) Lejang ekzos
♣ Pengeluaran hasil pembakaran ke liang ekzos juga dibantu oleh campuran udara dan bahan api yang termampat yang menolaknya apabila liang pemindahan terbuka.
♣ Terdapat juga campuran yang termampat terlepas keluar melalui liang ekzos.
d) Lejang mampatan dan lejang masukan
♣ Piston bergerak dari BDC ke TDC untuk memampatkan campuran udara dan bahan api dengan semua liang tertutup.
♣ Campuran udara dan bahan api masuk melalui liang masukan ke bahagian bawah kotak engkol.
♣ Percikan bunga api dari palam pencucuh berlaku pada penghujung lejang mampatan.
e) Lejang kuasa
♣ Pembakaran pada isi padu tetap pada TDC seterusnya menolak piston ke bawah ke TDC dan proses berulang.
0 comments:
Post a Comment