Definisi
♣ Kebuk pembakaran ialah satu bahagian di mana berlakunya pembakaran antara bahan api bercampur dengan udara setelah dinyalakan oleh ignitor atau tanpa ignitor.
♣ Binaannya direka untuk menghasilkan lebih kuasa tanpa overheating.
♣ Ini bermakna kebuk pembakaran mampu menahan suhu yang tinggi semasa proses pembakaran.
♣ Di antara jenis-jenis kebuk pembakaran ialah :
Double-Annular type combustor
Annular-type combustor
Can type combustor
Prinsip Operasi
♣ Udara akan disalurkan masuk ke dalam kebuk pembakaran samada dalam keadaan termapat atau dalam tekanan atmosfera.
♣ Bahan api akan disalurkan ke dalam kebuk pembakaran.
♣ Udara dan bahan api akan bercampur dan ignitor akan menghasilkan bunga api untuk menyalakan campuran tersebut.
♣ Bagi udara termampat yang bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi, ignitor tidak digunakan kerana pembakaran boleh berlaku sendiri apabila udara termapat tersebut bercampur dengan bahan api.
♣ Hasil pembakaran ialah karbon dioksida dan air. Untuk pembakaran yang tidak lengkap terdapat kabon monoksida.
♣ Pembakaran yang optimum akan menghasilkan meningkatkan kecekapan.
Contoh
CxHy + O2 >> CO2 + H2O
Kegunaan
♣ Digunakan dalam turbin gas. Gas yang keluar dari kebuk pembakaran digunakan untuk memutarkan bilah turbin dan seterusnya menghasilkan bekalan kuasa.
♣ Digunakan dalam industri aeronautik. Seperti kapal terbang,jet dan roket.
♣ Digunakan dalam incenarator.
♣ Digunakan dalam industri permotoran dan automobil.
0 comments:
Post a Comment