4 Stroke Engine ( Petrol )

Sunday, December 30, 2007

Prinsip Operasi

1) Lejang masukan 2) Lejang mampatan 3) Lejang kuasa 4) Lejang ekzos


1) Lejang Masukan

♣ Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.

♣ Enjin akan menarik piston ke bawah dari TDC (Top Dead Center) ke BDC (Bottom Dead Center).

♣ Tekanan udara di dalam silinder menjadi rendah dan menyebabkan tekanan atmosfera memaksa campuran udara dan petrol ke dalam silinder.


2) Lejang Mampatan

♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos tertutup.

♣ Enjin memaksa piston ke atas dari BDC ke TDC.

♣ Campuran udara dan petrol akan termampat kepada tekanan tinggi dan menyebabkan suhunya tinggi.

3) Lejang Kuasa


♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos tertutup.

♣ Palam pencucuh akan memercikkan bunga api kepada campuran yang bertekanan tinggi tadi dan menyebabkan ia terbakar dan menjadi gas panas.

♣ Gas panas akan menolak ia ke bawah dari TDC ke BDC.

♣ Gas berkembang kepada tekanan rendah dan suhu rendah.


4) Lejang Ekzos

♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos terbuka.

♣ Enjin menolak piston ke atas dari BDC ke TDC.

♣ Tekanan akan menolak gas yang telah terbakar keluar dari silinder.

♣ Seterusnya, lejang masukan akan bermula semula diikuti dengan lejang lain seperti yang telah diterangkan.


Ciri-Ciri Enjin


ENJIN 4 LEJANG TAHAN LEBIH LAMA DARI ENJIN 2 LEJANG

♣ Kekurangan sistem pelinciran yang sempurna pada enjin 2 lejang menyebabkan proses penghausan lebih cepat.

ENJIN 4 LEJANG LEBIH EFISYEN DALAM PENGGUNAAN BAHAN API.

♣ Enjin 2 lejang terdapat pembaziran bahan api semasa lejang ekzos.

ENJIN 4 LEJANG LEBIH BERSIH

♣ Enjin 2 lejang menghasilkan pencemaran kerana terdapat campuran bahan api yang tidak terbakar terbebas semasa lejang ekzos.



0 comments: