4 Stroke Engine ( Diesel )

Sunday, December 30, 2007

Prinsip Kendalian

1) Lejang masukan

♣ Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.

♣ Piston bergerak dari TDC ke BDC.

♣ Ia akan menyebabkan udara ditarik masuk ke dalam silinder.


2) Lejang mampatan

♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos tertutup.

♣ Piston bergerak dari BDC ke TDC.

♣ Ia akan menyebabkan tekanan dan suhu udara tersebut meningkat kerana udara telah termampat.

♣ Pada tahap maksimum piston pada TDC pemancit akan memancutkan diesel kepada udara yang telah termampat tadi.


3) Lejang kuasa

♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos tertutup.

♣ Udara yang telah termampat tadi akan terbakar kerana terdapat pancutan diesel dari pemancit.

♣ Piston dipaksa bergerak ke bawah dari TDC ke BDC kerana tolakan dari pembakaran.


4) Lejang ekzos

♣ Injap masukan tertutup dan injap ekzos terbuka.

♣ Piston bergerak dari BDC ke TDC.

♣ Ia memaksa hasil dari pembakaran keluar dari silinder melalui injap ekzos.

♣ Seterusnya, lejang masukan akan bermula kembali dan diikuti oleh lejang berikutnya.




Kelebihan Enjin Diesel

♣ Kebolehpercayaan yang tinggi.

♣ Harga minyak yang murah

♣ Berkuasa tinggi

♣ Tahan lasak

♣ Kadar penggunaan bahan api yang rendah.

♣ Tidak mudah terbakar.


Kekurangan Enjin Diesel

♣ Mahal untuk dibaiki

♣ Berat

♣ Sukar untuk dihidupkan pada cuaca sejuk.

0 comments: