♣ Juga dikenali sebagai “combined Brayton – Rankine cycle”
♣ Kitar Brayton merujuk kepada kitar turbin gas dan kitar Rankine merujuk kepada kitar turbin stim.
♣ Di dalam satu loji kuasa kitar bergabung turbin gas dan turbin stim bergabung untuk meningkatkan kecekapan dalam menjanakan tenaga elektrik.
♣ Kadar peningkatan kecekapan boleh meningkat dari 46%-58% berbanding loji kuasa kitar terbuka atau tertutup.
♣ Ia dapat menjana kuasa elektrik pada kadar maksimum.
♣
♣ Kurang pencemaran yang dihasilkan oleh kitar ini kerana hasil pembakaran masuk ke HRSG dan ditukarkan ke stim.
♣ Telah menjadi kitar yang popular dalam penjanaan loji kuasa yang menggunakan bahan api fosil kerana kelebihannya.
Prinsip operasi.
1) Udara bersih dari atmosfera masuk melalui penapis udara dan dimampatkan di pemampat.
2) Udara yang termampat yang bertekanan tinggi dan suhu tinggi masukkan ke kebuk pembakaran.
3) Bahan api dimasukkan ke kebuk pembakaran bercampur bersama udara yang termampat lalu terbakar.
4) Hasil pembakaran akan menggerakkan turbin gas dan menjanakan penjana.
5) Selepas melalui turbin gas hasil pembakaran akan masuk ke heat recovery steam generator. Hasil pembakaran ialah CO2 dan air.
6) Fungsi HRSG ialah memeluwapkan air kepada stim yang panas. Air akan memeluwap menjadi stim.
7) Stim yang panas akan terus ke turbin stim dan menggerakkannya.
8) Penjana berputar dan menjanakan tenaga elektrik.
9) Selepas keluar dari turbin stim ia akan ke kondenser.
10) Stim akan disejukkan dan terkondensasi dan menjadi air.
11) Air akan kembali ke HRSG untuk melalui proses pemeluwapan dan menukarkannya kepada stim semula.
0 comments:
Post a Comment