Full Time Study VS Part Time Study

Monday, December 31, 2007

Quoted from Che Ghani Che Kob ( my lecturer )

Tak salah kalau bercadang nak kerja dulu sebelum melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Tapi perlu berhati-hati, kelekaan dan kesibukan dengan kerja akan menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk sambung belajar.

Bila bekerja dulu jangan pula berhutang seperti beli kereta, barang2 elektrik dan sebagainya. Hutang akan menyebabkan pelajar terbeban apabila bercadang melanjutkan pengajian.

Selain dari itu, keseronokan dengan pendapatan yang ada akan menyebabkan pelajar sayang nak tinggal kerja dan melupakan niat nak sambung belajar. Apatah lagi baru setahun kerja merancang nak kahwin pulak.

Risiko bekerja dulu sebelum sambung belajar tu tinggi. Namun apa yang penting kesungguhan dan semangat yang kuat mampu atasi semua tu. Atau sambung terus adalah yang terbaik jika keluarga mampu.

Kelebihan sambung belajar selepas mempunyai pengalaman bekerja juga besar kesannya. Keterbukaan minda hasil dari pengalaman kerja akan memudahkan pelajar menghayati itipati pembelajaran serta aplikasinya.

Belajar secara sambilan antara pilihan ramai pelajar-pelajar hari ini. Namun perlu diingat bilangan pelajar sambilan gagal jauh lebih tinggi berbanding kegagalan pelajar sepenuh masa. Belajar sambil bekerja memerlukan komitment yang sangat tinggi dari segi masa, tenaga dan kewangan. Jika dalam fikiran pelajar masih ada hobi-hobi kosong seperti bersantai di komplek membeli belah, merempit, berpacaran dan sebagainya saya cadangkan pelajar lupakan sahaja niat untuk belajar sambil kerja. Tetapi kalau kehidupan bekerja itu masih banyak masa kosong belum terisi maka belajar sambil bekerja adalah yang terbaik berbanding dengan melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.

Kelebihan pembelajaran sambil bekerja ialah pembelajaran tidak bersifat tangguh. Umumnya itipati pembelajaran akan menjadi mudah kerana ia terus diaplikasi dalam suasasa kerja pelajar.
Sehingga sekarang saya tak pernah hilang rasa kagum terhadap pelajar sambilan yang mampu mendapat pencapaian akademik lebih baik dari pelajar separuh masa.

Tepuk dada tanyalah akal fikiran. Jangan tanya pada selera kerana
selera akan menguasai segalanya.

Terima kasih

0 comments: