Pam ( Pump ) Part 4

Sunday, February 17, 2008

2.0 Pam Putaran (Rotary)

Pam rotari terdiri daripada selongsong tertutup yang mempunyai gear, bilah, lobe atau skru yang berputar didalamnya.

Ia mempunyai kelegaan yang paling minima.

Bahagian yang berputar akan memerangkap bendalir dan menolaknya disekeliling selongsong bermula dari bahagian sedutan ke bahagian hantaran.

Aliran bendalir yang melalui adalah berterusan dan sekata tanpa berlaku masalah tekanan hantaran yang tidak stabil.


2.1 Pam gear luaran. (external gear pump)

Mempunyai dua gear yang berputarpada arah yang berlawanan didalam selongsong.

Bendalir yang disedut melalui bahagian kemasukan akan terperangkap diantara celah gigi gear dan dinding selongsong serta dibawa ke bahagian hantaran.

Bahagian celah-celah gigi pada bahagian tengah bertindak sebagai injap yang mencegah bendalir berpatah balik ke bahagian kemasukan.


2.2 Pam gear dalaman. (internal gear pump)

Mempunyai dua jenis gear iaitu gear utama bergigi disebalah dalam yang dipadukan dengan giar kecil yang bergigi disebelah luar.

Sebahagian dari kedua-dua gear tersebut dipisahkan pembahagi berbentuk bulan sabit yang bertujuan untuk mencegah bendalir daripada ianya berpatah balik.

Bendalir akan dipaksa masuk apabika giar tidak bertemu dan akan ditolak keluar apabika gear mula bertemu.


2.3 Pam bilah luncur. (vane pump)

Mempunyai bilah di celah lurah yang terdapat pada rotor pam.

Rotor di dalam selongsong diletakkan di dalam keadaan ‘off centre’ dengan keadaan yang paling minima pada bahagian hantaran.

Apabila rotor berpusing, bilah-bilah akan ditolak keluar sehingga rapat ke dinding selongsong disebabkan oleh kesan daya empar dan bendalir yang terperangkap diantara dua bilah dibawa dari bahagian sedutan ke bahagian keluaran.



2.4 Pam cuping. (lobe pump)

Mempunyai dua rotor yang berbentuk tiga lobe atau dua lobe.

Rotor tersebut dipacu oleh gear luaran yang menyelaras lobe.

Bendalir akan terperangkap di celah-celah lobe dan selongsong dan dihantar keluar.


2.5 Pam skru. (screw pump)

Mempunyai dua rotor dengan binaan benang skru atau pilin (spiral) yang bergerak berlawanan arah.

Bendalir dibawa bersama diantara benang skru pada rotor yang sedang bergerak keluar secara paksi kebahagian keluar apabila skru berpusing.

0 comments: