Pam Anjakan Positif ( Positive Displacement )
1.0 Pam Salingan (reciprocating)
1.1 Pluger (pelocok)
1.2 Piston (omboh)
1.3 Diaphragm
2.0 Pam Putaran (Rotary)
2.1 Pam gear luaran. (external gear pump)
2.2 Pam gear dalaman. (internal gear pump)
2.3 Pam bilah luncur. (vane pump)
2.4 Pam cuping. (lobe pump)
2.5 Pam skru. (screw pump)
1.0 Pam Pelocok (Plunger Pump)
♣ Apabila pelocok bergerak dari kanan ke kiri, tekanan di dalam silinder akan menjadi lebih rendah dari bahagian sedutan dan ini menyebabkan bendalir disedut masuk ke dalam silinder melalui bebola penahan pada bahagian sedutan.
♣ Tekanan tinggi pada bahagian hantaran akan menyebabkan bebola penahan bahagian hantaran kekal terletak pada tempatnya.
♣ Diakhir pergerakkan pelocok bertukar arah dan bergerak dari kiri ke kanan, ini menyebabkan tekanan dalam silinder meningkat lebih tinggi dari tekanan di dalam bahagian hantaran dan bendalir dipaksa keluar melalui bebola pada bahagian hantaran.
♣ Pada masa yang sama, bebola penahan bahagian sedutan berada di dalam keadaan tertutup
♣ Pergerakan pelocok ke suatu arah dipanggil lejang dan jarak pelocok bergerak ke dalam dan keluar dipanggil panjang lejang.Kegunaan dan Kelebihan
♣ Digunakan dengan meluas untuk pam bekalan bahan kimia.
♣ Mempunyai lejang yang boleh dilaras untuk mengawal isipadu bendalir.
♣ Dapat menggunakan dua sedutan dan hantaran sekiranya untuk penggunaan pada peringkat tekanan tinggi.
1.2 Pam Omboh @ Ram
♣ Dipanggil pam tindakan berganda kerana sebarang pergerakan omboh dari kanan ke kiri atau sebaliknya akan menyebabkan berlakunya proses sedutan dan hantaran bendalir
♣ Biasanya dilengkapkan dengan bejana udara ( mengandungi udara termampat yang disebabkan oleh bendalir pada bahagian hantaran)
Proses Pam Omboh
♣ Apabila omboh bergerak dari kiri kekanan, bendalir disedut masuk ke dalam selinder melalui injap sedutan pada bahagian sebelah kiri.
♣ Pada masa yang sama, omboh akan memakasa bendalir keluar malalui injap kelauran pada bahagian sebelah kanan.
♣ Apabila pergerakan omboh berubah dari arah kanan ke kiri, cecair akan disedut masuk ke dalam selinder malalui injap sedutan pada bahagian sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui injap hantaran pada bahagian sebelah kiri.
1.2 Pam Gegendang ( Diaphragm )
♣ Pam gegendang berbeza dari pam salingan jenis pelocok @ omboh diamana bendalir yang dipam diasingkan sepenuhnya oleh gegendang dari mekanisma salingan , jadi ianya dapat mengatasi kebocoran pada bahagian rod dan pelocok .
♣ Gegendang diperbuat dari logam mudah lentur (flexible )@bahan bukan logam seperti plastic getah @ neoprene bergantung kepada jenis bendalir yang hendak dipam.
♣ Pandangan keratin rentas penggerak mekanikal pam gegendang. Gegendang disambung kepada omboh pandu oleh cakera. kedudukan tiadak sepusat (eccentric) diperlukan untuk memberikan pergerakan salingan pada omboh pandu P.yang menyebabkan gegendang bergerak turun dan naik (tindakan mengepam)
♣ Isipadu bendalir yang dipam bagi setiap lejang bagi pam salingan ditentukan oleh luas omboh,pelocok @ gegendang dan panjang lejang dan panjang lejang .kuantiti isipadu bendalir yang dipam akan kekal tanpa mengira tekanan hantaran dan kapasiti pam bergantung kepada bilangan lejang/minit.
3 comments:
mu mmg otai la...mujur der nota2 mu ni...dpt gk aku stdy utk intrview...tq bro..lu mmg bgs la...tmbhkn lg ape yg ptt..k salam...
Time ksIh UntuK nota paM ni.;)
the best..tq!
Post a Comment