Definisi
♣ Ialah satu mesin yang telah direka untuk meningkat tekanan sesuatu bendalir
♣ Bendalir dikategorikan kepada 2 iaitu gas ( boleh dimampatkan ) dan cecair ( tidak boleh dimampatkan )
♣ Ia digunakan dalam aplikasi seperti bekalan air domestik, fuel pump, lubrication oil pump, dan feed water pump.Kegunaan Pam
♣ Memindahkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain.
♣ Mengangkat bendalir secara tegak iaitu dari satu ketinggian kepada ketinggian yang berbeza
♣ Menyimpan tenaga keupayaan dalam bentuk tekanan untuk melakukan kerja.
♣ Meningkatkan kelajuan bendalir tersebut.
♣ Pam yang tertua digunakan oleh manusia ialah plunger pump ( pam pelocok )
♣ Digunakan oleh orang Rom dan Parsi untuk mengangkat air.
♣ Archimedes of Syracuse telah mencipta pam skru untuk memindahkan air dari dasar buritan kapal.
♣ Semasa era pertengahan melombong, pam omboh telah dicipta untuk menggerakkan waterwheel ( kincir air ) untuk tujuan penggalian bijih.
♣ Idea seterusnya ialah untuk menghasilkan pam yang lebih kuat apabila penggunaan stim secara meluas pada kurun ke 18 dan 19.
♣ Dengan penghasilan motor elektrik dan turbin stim pada kurun ke 20, centrifugal pump ( pam empar ) digunakan secara meluas.
♣ Pada masa kini industri sangat bergantung pada pam, contohnya untuk memindahkan bendalir dari satu lokasi ke lokasi yang lain sehingga menyeberangi negara lain
Pemilihan Pam Berdasarkan
♣ Jenis bendalir yang akan dipam ( panas, meruap, menghakis, likat )
♣
♣ Kebolehan dan kapasiti pam berdasarkan jenis pam ( pam anjakan positif, pam dinamik )
Klasifikasi Pam
1.0 Pam Anjakan Positif ( Positive Displacement )
♣ Pam jenis ini akan mengalami penambahan tenaga secara berkala kepada bendalir
♣ Isi padu bendalir akan berkurangan sehingga tekanan bendalir mencapai tekanan di keluaran sistem.
2.0 Pam Dinamik ( Dynamic )
♣ Pam jenis ini akan secara berterusan menambahkan tenaga kepada bendalir dan meningkatkan halaju bendalir.
♣ Laluan bendalir di dalam pam akan menyebabkan pengurangan halaju bendalir, maka tekanan bendalir meningkat sehinggalah mencapai tekanan di keluaran sistem.
Click Pictures to Enlarge
0 comments:
Post a Comment