Pam Dinamik
1.0 Pam Empar ( Centrifugal Pump )
1.1 Aliran Paksi ( Axial )
1.2 Aliran Jejari ( Radial )
1.3 Aliran Gabungan ( Axial + Radial )
1.1 Pam Empar Aliran Paksi ( Axial )
♣ Bendalir mengalir keluar secara sepaksi dengan aci dan impeller
♣ Digunakan apabila sistem memerlukan isi padu bendalir yang banyak.
♣ Pam air yang membekalkan air untuk sistem penyejukan kondenser ialah dari pam jenis ini.
1.2 Pam Empar Aliran Jejari ( Radial )
♣ Bendalir mengalir keluar secara jejarian dari aci impeller.
♣ Digunakan apabila sistem memerlukan tekanan yang tinggi seperti main feed pump.
1.3 Pam Empar Aliran Gabungan ( Axial + Radial )
♣ Kombinasi aliran bendalir secara paksi dan jejarian bertemu dengan keadaan pam yang tertentu.
♣ Menggunakan kedua-dua prinsip untuk mengepam bendalir dan digunakan apabila isi padu atau tekanan diperlukan.
Prinsip Operasi
♣ Bendalir akan mula masuk melalui inlet dan terus ke impeller yang sedang berputar dengan laju.
♣ Daya empar seterusnya akan memaksa bendalir ke tengah pusat impeller.
♣ Seterusnya bendalir yang halaju tinggi akan ditolak keluar dari tengah impeller mengenai casing
♣ Ia akan mengurangkan kelajuan bendalir disebabkan oleh geseran.
♣ Tenaga kinetik tersebut bertukar kepada tekanan dan haba.
♣ Seterusnya bendalir yang telah mencapai tekanan keluaran sistem akan keluar melalui output
♣ Ini kerana bendalir akan mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke tekanan rendah
♣ Untuk menghasilkan tekanan yang lebih tinggi, multi stage pump digunakan.
Komponen-Komponen
♣ Casing - Bahagian yang paling besar
♣ Impeller - Bendalir akan masuk dan ke sini dan diputarkan oleh bilah
♣ Shaft - Bahagian yang memindahkan tenaga dari pemacu ke impeller
♣ Bearings - Mengawal pergerakan shaft
♣ Coupling and Seal or Packing - Menyambungkan pemacu dengan aci pam
♣ Mechanical seal - Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian statik dan bergerak. Satu diperbuat daripada Karbon dan satu lagi dari keluli keras.
♣ Packing rings - Kedap yang fleksibel dimasukkan di antara aci untuk elakkan kebocoran.
Click Pictures to Enlarge
Kelebihan
♣ Kosnya murah
♣ Binaan ringkas dan penyelenggaraan mudah dan murah.
♣ Memerlukan ruang yang kecil dan ringan berbanding pam lain.
♣ Boleh mengendalikan bendalir kelikatan tinggi dan kotoran.
Kelemahan
♣ Tidak boleh hasilkan turus yang begitu tinggi ( tekanan )
♣ Kecekapan rendah
♣ Kecekapan bergantung pada julat operasi
2.0 Pam Khas
♣ Pam Jet, Eductors dan Ejectors biasanya menggunakan aliran berhalaju tinggi melalui diffuser tube ( tiub peresap ) untuk mengurangkan tekanan dan mengepam bendalir ke sistem aliran.
♣ Pam khas ini berfungsi sama seperti tiub venturi. ( Tekanan berkadaran dengan halaju )
♣ Kawasan bertekanan rendah dihasilkan oleh bendalir yang bergerak ( inlet ) yang menarik bendalir yang hendak dipam ( suction ).
♣ Dengan udara atau stim termampat sebagai bendalir yang bergerak, prinsip operasi pam jet ialah untuk mengeluarkan sistem vakum.
♣ Pam jet jenis ini dikenali sebagai ejector.
♣ Kriteria yang paling penting bagi pam jet ialah aliran dihasilkan tanpa menggunakan komponen yang bergerak.
2 comments:
rdy
terima kasih untuk informasi yg bernas....sebab nota anda amat berguna..
Post a Comment