New Journey

Monday, December 15, 2008



Sampai suatu ketika, pasti akan ada satu permulaan baru

Pastinya akan terkenang sesuatu yang manis di masa lalu

New journey, new environment, new friends, new things, new style,

new excitement, new passion

Yang lama tidak dilupakan..

In BM = Surat Tawaran

Semua orang pasti teruja apabila mendapat ini

Begitu juga aku dalam 5 bulan yang lepas

Semuanya atas permintaan tapi bukan semuanya aku accept...


1) Universiti Malaysia Terengganu


2) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


3) Offshore Subsea Works Sdn. Bhd.


4) Institut Teknologi Petroleum Petronas



aku PILIH???

Ciri-ciri :

1) Utk para-para sakura graduan yg menganggur ( Diploma & Degree )

2) Program yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan ( RM1x,xxx) per candidates

3) Akan mendapat Exec-Diploma

4) 7 bulan ( 3 months study + 4 months practical on related industry )

5) Allowance RM500 per month

6) Objektif memantapkan graduan yg no experience utk lebih marketable kpd industry

7) Terdapat berbagai course (NDT, Welding, Plant Management, Piping, OHS, Hidraulik)



Antara tempat :

a) http://www.kismec.org.my/

b) http://www.puspatri.edu.my/

c) http://www.psdc.com.my/

d) http://www.tesdec.edu.my

e) http://www.uthm.edu.my

f) MORE



Nak masuk :

i) Call direct kat tempat itu

ii) Tanye if ader kekosongan

iii) Ader kalau cepat2 apply

iv) Konsep ' 1st come 1st serve '

Hidupku

Nama aku Tam. nama yang tuan aku bagi. aku dilahirkan dalam kotak oleh ibuku. tapi aku tak kenal sape bapak aku. lahir2 da jadi anak yatim. aku ada 3 adik beradik dan aku yg paling lawa sebab adik aku yg dua2 tu kaler suma hitam. aku ader gak tompok2 hitam putih.

kami hidup kat belakang rumah tuan kami. aku pon tak tau apa namenyer sebab mane la aku paham bahasa manusia nih. ape yang aku tau dorang mmg kasi makan kat kami sekeluarga. kami diberi makan Frieskies n Whiskas..tp yg paling aku suka yg ade dlm peti yang sejuk tu...makanan dalam tin..makan tu mmg sedap giler..sure cuci bulunyer lepas makan tu.huhuhu.. aku dan adik2 aku selalu dibawa masuk ke dalam tempat dorang..memula mmg cuak gak..tp bila dah biasa syok giler melompat sane sini dan bermain dgn adik2 aku..

pada suatu hari, aku tengok adik aku sorang hilang..mane la peginyer. aku tgk kat tgh jln dier dah leper. aik apsal?dier da tak bergerak dan bernafas..dan tuan aku pon amik adik aku dan bawak tah pegi ke mana..mak aku kate adik aku da mati kene lenyek ngan kotak gergasi yang bergerak

sejak itu mak aku jarang kelihatan. kadang2 je dier balik..kami mmg seronok main dalam kediaman tuan..sejuk dan selesa..patut la manusia hidup dalam ni..last2 mak aku pon hilang tah ke mana..dah lame hilang

hmm..tinggal la aku ngan adik aku sorang ni..hingga pada suatu hari adik aku tidor lame giler kat luar tuh..aku pon pelik..aku tgk dier da keras..mungkin mati yg mcm mak aku cakap..adik aku suka main jauh2 dari kawasan rumah tuan..mungkin ade manusia lain dah buat dier mati..maka tinggal aku sorang bermain seorang diri. kebanyakan masa aku masuk ke dalam rumah utk bermain..dan makan..tidor

saat paling tak best bila tuan aku kemas barang dan bawak beg besar2.. aku tak tau dorang nak buat apa..lepas tu aku tak boleh masuk ke dalam rumah 2 3 hari..tapi tuan aku tinggalkan makanan banyak2 kat luar rumah..lepas 2 baru tuan aku balik dan terus peluk2 aku dan usap aku..best rase ngantuk je

inilah dikatakan hubungan ant manusia dan kucing..aku pn tak tahu berapa lama lagi aku boleh hidup..yang pasti tidak selama manusia itu hidup..mungkin tuan aku akan sedih jika aku sudah tiada..ya...perasaan yang sama seperti yang aku rasa semasa kematian adik aku dan kehilangan mak..

mungkin ini lah hidup aku yang telah ditentukan oleh Tuhan..aku percaya ada seseorang yang telah menciptakan aku dan Alam ini..tapi aku tidak tahu siapa..aku hanya berharap Tuhan akan membalas balasan yg baik kepada tuan aku..itulah kata hatiku setiap kali sebelum tidur....





Good old days