1.0 SAFETY VALVE
♣ Untuk mengelakkan tekanan boiler mencapai tahap tekanan maksimum dan membahayakan keselamatan. Safety valve akan melepaskan stim ke atmosfera secara automatik apabila telah mencapai tekanan maksimum yang telah ditetapkan. Ini dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
♣ Tekanan maksimum dapat ditetapkan dengan melaraskan pelaras yang bersambung dengan spring pada safety valve.
♣ Dipasang bahagian penghasilan stim yang paling atas di boiler.
2.0 PRESSURE GAUGE
♣ Untuk menunjukkan nilai tekanan yang sebenar untuk mewujudkan keadaan operasi yang selamat.
♣ Siphon diletakkan sebelum tolok tekanan untuk melindunginya dari kerosakan.
♣ Dipasang bahagian penghasilan stim yang paling atas di boiler
♣ 2 jenis yang selalu digunakan ialah :
i) Bourdon
ii) Diaphragm
2.1 Bourdon Tube
♣ Aliran tekanan akan masuk melalui inlet dan ke tiub Bourdon.
♣ Tiub Bourdon akan mengembang apabila tekanan masuk seterusnya menggerakkan gear.
♣ Gear seterusnya akan menggerakkan penunjuk yang akan menunjukkan tekanan sebenar pada skala
2.2 Diaphragm Tube
♣ Aliran tekanan akan masuk melalui terminal ‘+’
♣ Seterusnya akan mengembangkan diaphragm dan menggerakkan pointer mechanism.
♣ Diaphragm akan mengembang dan mengecut mengikut kadar tekanan yang masuk melaluinya.
♣ Seterusnya pointer mechanism akan menggerakkan penunjuk yang akan memberikan bacaan tekanan pada skala.
3.0 WATER GAUGE ( GAUGE GLASS )
♣ Untuk menunjukkan paras air yang sebenar
♣ Bahagian atas menunjukkan bahagian stim
♣ Bahagian bawah menunjukkan paras air
♣ Boiler yang tekanan >250 psi menggunakan flat water gauge
♣ Boiler yang tekanan >250psi menggunakan tubular water gauge
♣ Diuji setiap kali syif kerja untuk memastikan ia berfungsi dengan betul.
♣ Water gauge mestilah cerah dan paras air dapat dibaca dengan jelas.
♣ Quick closing valves disambungkan dengan water gauge supaya ia dapat ditutup untuk mengelakkan bahaya apabila water gauge pecah
♣ Dipasang di kawasan steaming water level dan bersambung dengan steam drum,water column atau boiler shell
4.0 WATER COLUMN
♣ Dipasang di boiler shell atau steam drum bersebelahan dengan steaming water level.
♣ Tujuannya ialah untuk menstabilkan paras air di dalam gauge glass dan menyediakan ruang untuk pemendapan untuk mengurangkan halangan yang disebabkan oleh sambungan gauge glass yang berdiameter kecil.
5.0 FUSIBLE PLUG
♣ Melindungi boiler dari kerosakan yang berpunca dari paras air yang rendah.
♣ Digunakan pada boiler bertekanan tinggi dan sederhana
♣ Dipasang di bahagian tahap air yang paling rendah di steam drum.
♣ Dibuat dari gangsa, di tengah-tengah lubangnya diisikan oleh logam yang mudah lebur (timah)
♣ 1 bahagian fusible plug terdedah kepada air dan 1 lagi bahagian kepada api atau gas panas.
♣ Apabila tahap air menurun ke tahap minimum plug akan terdedah kepada haba dari bahagian yang 1 lagi dan menyebabkan timah tadi melebur pada suhu sekitar 232oc.
♣ Apabila timah tadi melebur keluar dari fusible plug stim panas akan terbebas dan menghasilkan bunyi wisel.
♣ Ditukar setahun sekali.
6.0 BLOWDOWN VALVE
♣ Berfungsi mengosongkan boiler bertujuan untuk operasi pembersihan, pemeriksaan, dan pembaikan.
♣ Untuk membuang slug, mendapan, dan kotoran semasa operasi.
♣ Untuk mengawal paras air yang tinggi semasa permulaan dan situasi kecemasan.
♣ Boiler yang tekanan melebihi 100 psi dipasang dengan 2 injap iaitu satu injap untuk quick opening valve dan satu lagi dengan slow opening valve atau kedua-duanya slow opening valve.
♣ Cara pembukaan blowdown valve yang betul :
i) Buka quick opening valve
ii) Kemudian buka blowdown valve
♣ Cara penutupan blowdown valve :
i) Tutup blowdown valve dahulu
ii) Kemudian tutup quick opening valve
7.0 CHECK VALVES
♣ Mengawal arah aliran bendalir dalam sistem perpaipan.
♣ Mengelakkan aliran berpatah balik ( reverse flow )
♣ Beroperasi dengan aliran bendalir.
♣ Membebaskan keadaan vakum dalam paip
7.1 Swing Check Valves
Disc akan bergerak ke atas apabila aliran masuk dari hadapan menolaknya. Namun aliran dari arah yang bertentangan tidak akan dapat melaluinya kerana disc dilengkapi dengan hinge pin untuk mengelakkan aliran berpatah balik.
7.2 Lift Check Valves
Aliran dari inlet akan menolak plug ke atas dengan tekanan aliran masuk. Aliran dari arah bertentangan tidak dapat menolak plug kerana kedudukan plug yang menegak dan hanya boleh ditolak dari bawah sahaja.
7.3 Disc Check Valves
Disc yang bersambung dengan spring akan tertolak ke depan apabila aliran masuk dari depan dan membolehkan ia melaluinya di antara ruang di antara disc dengan seat. Namun aliran dari arah bertentangan akan menolak disc ke keadaan normal dan menutup ruang di antara disc dengan seat.